|
|
Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Followers
Contact Me
credits
|
Kepada kawan kawan saya yang saya sayangi dan cintai. Saya, Aida Amyrah binti Shahrulnizam, ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Maafkan saya kerana membuat kamu semua susah, kecewa, sedih dan marah terhadap saya. Saya tahu akan kelemahan dan kekurangan saya. Saya tahu saya ini bersikap panas baran. Maafkan saya kerana tidak dapat kawal diri saya sendiri. Saya berharap kamu semua dapat memaafkan saya. P/S : MAAFKAN BUDAK PULAU INI :'(
@ Dewan peperiksaan
Wah! Gila susah! Bahasa Inggeris paling susah antara yang lain. Target UPSR cuma 3A je pun.. sebab kami tahu kami tak mampu nak dapat 5A. BTW, kena buat yang terbaik la... Kepada calon UPSR, semoga berjaya, okay? TERIMA KASIH DAUN KELADI. SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI! :)
Dalam mendepani era modenisasi pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad Negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah timbul sama hanyut dengan Negara maju lain. Namun isu yang berkaitan internet kerap menjadi polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia. Oleh itu, kebaikan internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna, amsalnya kepada pelajar.
Sudah terang lagi bersuluh, kebaikan internet ialah membantu mencari maklumat. Hal ini kerana pelajar yang melayari internet dapat mencari banyak maklumat tambahan untuk menyiapkan tugasan. Pelajar yang luas pengetahuan boleh dianologikan seperti perpustakaan bergerak. Sekiranya pelajar berpengetahuan luas, Negara kita akan mencapai kemajuan serta melahirkan insan yang berdaya intelektual.
Sebagai remaja yang lagi lebai lagi berjanggut, pelajar juga dapat menambah kenalan daripada penggunaan internet. Hal ini kerana laman social seperti Facebook dan Twitter kini telah menjadi virus epidemik dalam kalangan pelajar di seantera dunia. Oleh itu, pelajar boleh bertukar-tukar maklumat mahupun pendapat melalui kenalan daripada laman sosial.
Memetik wasitah nirmala seterusnya,kebaikan internet kepada pelajar ialah menambah ilmu pengetahuan. Tambahan pula, pelajar boleh menggunakan internet sebaik-baiknya dengan mencari pelbagai latihan untuk dijadikan latihtubi untuk persediaan peperiksaan. Pelajar yang rajin membuat latihan boleh dianologikan seperti semut mencari makanan. Menurut tokoh Perdana Menteri Malaysia, beliau menginginkan agar marhaen dapat menghasilkan generasi yang berinovasi seiring sirkulasi masa berteknologi canggih.
Dari sudut kodifikasi yang berbeza, pelajar dapat mengeratkan hubungan silaturahim melalui melayari internet. Hal ini kerana maslahat internet kepada pelar ialah mereka dapat mempelajari adat resam sesuatu bangsa mahupun Negara. Hal ini bertepatan dengan aforisme tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, kita akan melahirkan perasaan cinta akan Negara semasa berinteraksi sesama kenalan untuk menceritakan tentang sesebuah Negara tercinta.
Konklusinya, kebaikan internet kepada pelajar kerap menjadi polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia. Semoga maslahat berinternet tidak akan disalahgunakan oleh pelajar di seantero dunia. Sememangnya, marhaen di Malaysia tidak ketinggalan zaman mengikut sirkulasi masa berteknologi canggih.
Potong rumput petang-petang ;
Hidup bermasyarakat jangan dipersia ,
Internet diguna pelajar cemerlang ;
Menjadi lambing Negara Malaysia .
Selalunya, persahabatan begini akan menyebabkan salah sorang akan rasa ‘tersisih’.Kawan yang rasa ‘tersisih’ tu pada awalnya akan rasa ‘cool’ jek , cam tak de apa2 .Tapi lama kelamaan disebabkan selalu sangat memendam rasa kecik hati , akhirnya yang ‘tersisih’ tu mengundurkan diri , lalu membiarkan 2 orang kawan tersebut.Yang 2 orang tu mungkin akan rasa pelik & hairan, dan timbullah persoalan antara mereka ..
Contoh :- “napa perangai dia pelik semacam jek?”,,”kenapa dia tiba-tiba jauhkan diri ekk ? kita ada wat salah ke ??”.
Antara situasi/contoh2 rasa tersisih:- 1-Kawan yang 2 orang tu saling bercerita tapi terlupa yang kawan yang ke 3 tu turut ada sekali.(buat macam tak wujud jek) 2-kawan yang 2 orang saling berkongsi cerita dan mengetahui rahsia masing2,tapi tidak kawan yang ke 3,kalau tau pon,dia orang yang terakhir tau. Bila situasi ini terjadi,mula la kawan yang rasa dirinye ‘tersisih’ merasakan,dia dah tak diperlukan dalam persahabatan 3 segi ini.Dia rasa terpinggir.Mungkin hal ini tidak disengajakan oleh 2 kawan tadi. Kadang situasi ini berlaku bila 2 orang yang dah lama bersahabat,tapi tb2 muncul watak ke’3’ atau ke’5’,yang kira sama kepala ,maka berlakulah persahabatan yang sedemikian,tapi lama2 ianya makin pudar mungkin disebabkan keserasian 2 orang sahabat itu maka sahabat yang sorang lagi merasakan diri dia rasa ‘tersisih’. Jadi,sapa2 yang mengalami situasi begini: Yang pertama sekali anda kena ingat dalam kepala yang mereka adalah kawan anda juga dan anda pernah menjadi rapat dengan mereka. Tak ada gunanya anda asingkan diri dari mereka kerana akhirnya nanti anda yang akan rasa terpinggir dengan perbuatan tersebut. Kalau perkara itu terjadi bukanlah salah mereka tapi salah anda sendiri! Anda boleh berbincang dengan mereka tapi elakkan dari berbincang secara 3 orang. Mulakan dengan perbualan yang lebih selesa seperti bercerita mengenai peristiwa-peristiwa atau kenangan-kenangan lepas yang boleh membuatkan korang semakin mesra dan rapat. Pilih topik perbualan yang menyenang dan boleh mengembalikan kemesraan korang sebagai kawan. Pastikan diri anda sendiri dan kawan anda dalam keadaan selesa semasa berbual dan tidak berasa janggal. Apabila keadaan telah menjadi selesa, beritahu sejujurnya perasaan anda yang rasa terpinggir dan tersisih secara lemah lembut dan penuh budi bahasa. Elakkan daripada menyindir. Kalau anda rasa takut atau janggal, luahkan dengan menggunakan nada seperti bergurau. Jangan lupa untuk menyatakan sebab-sebab mengapa anda rasa terpinggir dari mereka. Kalau dia seorang kawan yang baik, dia takkan biarkan anda rasa seperti itu dan cuba untuk melegakan perasaan anda yang rasa terpinggir itu. Untuk menjadi sahabat yang baik kita hormatilah perasaan sahabat kita kalau nak sahabat kita menghormati perasaan kita.Kita pon kena hormat perasaan kita sendiri,kena tau sempadan kita,supaya kita tak buat perkara yang memalukan semata2 untuk menarik perhatian sahabat kita. Dalam persahabatan juga kena ada rasa saling percaya. Bercerita masalah peribadi dan rahsia anda pada mereka membuatkan mereka berasa istimewa dan mereka pun akan turut bercerita hal peribadi mereka sendiri. Ada masanya kita perlu memikirkan bahawa sahabat kita juga memerlukan teman untuk mendengar cerita dan masalah mereka. Kita tak boleh mementingkan diri sendiri. Bukan kita sahaja yang ada masalah dan perlukan kawan. Orang lain juga perlukan keperluan sebegitu. Ambillah masa untuk mendengar. Apabila mendengar masalah dari sahabat kita elakkan dari memberikan reaksi seperti, "tulah.." "hmmm.." "yeah.." dan reaksi-reaksi yang menunjukkan seperti korang tak berminat.. Tapi seeloknya dengarlah dengan teliti apa yang mahu disampaikannya. Jangan cuba untuk memotong atau memintas percakapan mereka. Jika kawan-kawan korang meminta nasihat daripada anda, berilah nasihat yang terbaik dan terbijak pada mereka. Dengan cara ini anda boleh mendapat rasa hormat mereka dengan begitu mudah dan menjadikan mereka lebih rapat dengan anda. |